salam
saya sudah 17 hari bpantang...
perasaan?
mcm batu...
Posted at 02:57 pm by andelila
Permalink
salam...
saya cuma berserah sahaja pada Allah.
apa nak jadi, jadilah...
kalau diberi pilihan, biarlah kandungan ini yang survive.
sebab saya dah tak punya tujuan di dunia ni.
selepas dia menyatakan sesuatu yang begitu meruntun hati saya, saya dah tak boleh menerima dia seperti selalu...
saya dah cukup tertekan. kenapa orang selalu tak mahu mendengar penjelasan saya sedangkan perkara pertama yang saya tuntut setiap kali perbalahan adalah penjelasan???? dia tak adil.
hati saya dah hancur sehancur2nya. setiap senyuman yang terukir di muka bumi ini takkan dapat mengembalikan kebahagiaan yang saya punya dulu...
dia juga takkan dapat melakukan apa2. dia juga takkan melakukan apa2 utk itu.
saya harus pasrah. belajar menerima bahawa hati saya sudah mati saat dia melukakan saya sedalam itu...
Posted at 09:20 am by andelila
Permalink
salam...
layan tetamu mcm raja...
tapi bini call, sms tak reply2...
bila dpt call cakap selama 10 minit pun lama??????????
nak tanya khabar, makan, cerita tentang pkembangan baby dlm kandungan pun perkara yg membuang masa?????????
fine!!!!
saya menyesal....
kalau tahu jadi mcm ni, saya tak call n sms...
layan la tetamu tu...
mcm la tak biasa tetamu tu dtg tidur kat umah...
benci betul!
Posted at 04:41 pm by andelila
Permalink
salam...
saya semakin lelah... tidak berdaya dengan keadaan sekarang ini. saya bkan orgnya yg mudah pasrah dan terus menyerah. saya akan berjuang, dengan cara saya sendiri. diam, dalam dan intim. itu saya.
keadaan semakin menjepit. di sini saya ditekan di perut, di sana saya ditekan di dada, di situ saya diacu senjata. semuanya cukup melelahkan... keputusan itu hak saya. semua perlu menghormati keputusan saya. mendesak saya tidak akan membantu saya membuat keputusan.
saya percaya Allah menjadikan saya seorang yg bersistematik. saya bertindak mengikut keutamaan. keutamaan mengikut definisi saya. hormatilah definisi saya. saya tahu saya terlalu berhati-hati. kerana saya tidak mempercayai manusia. sesiapa pun. pemikiran saya ringkas. jadi tolong jangan menyusahkan saya. cukuplah tekanan yg saya hadapi sejak 2005. 2010, saya mahu semuanya berjalan seperti yg saya mau. hanya Allah yang berhak merubah segala...
Posted at 10:09 pm by andelila
Permalink
salam...
saya tahu saya salah terlanjur cakap. tapi saya maksudkan yang lain. saya nak jelaskan semua. tapi kamu tak mau mendengarkan... jadi saya tak tahu harus bicara pada siapa lagi...
saat saya kesedihan, tika tiada siapa mahu mendengarkan dan cuba mamahamkan, saya cuma ada tempat ini... saya minta maaf. maafkanlah keterlanjuran kata saya. hukumlah saya semau hatimu...
alangkah bahagianya jika hidup semudah dulu.
Posted at 08:18 pm by andelila
Permalink